Lil Panda
That moment...
Wednesday, 7 January 2015 • 08:49 • 0 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Haihh, lama sangat tak update blog. Disebabkan acc twitter telah selamat aku deactive,
maka dengan itu aku akan start active update blog *tepuk tangan*
ceh bajet!

Active laa sangat kan? Internet pun as slow as siput. Hehehehe *gelak beriman*
Actually, aku taktau nak hapdet apa. Jadi aku nak cerita sikit pasal English Camp.
Kelas aku kelas CCOC, jangan tanya menda apa, sebab aku tak reti explain.

Beberapa bulan yang lalu sebenarnya kem ni. Eh, silap. Tahun lepas laaa haahaha

Nak tb balik apa yang jadi kat kem tu. Sebab aku rindu. Ahaaa T-T

Kem tu selama 2 hari 1 malam. Pi hari selasa, balik hari seterusnya.
Aku pi sana pakai baju Ali. *Jangan ingat aku pakai baju laki, Ali tu rumah sukan kaler merah nahh*
Saja pakai baju sukan rumah lain, tapi Osman tetap di hati. Ahahaha *Osman tu rumah sukan kaler biru. Jangan suudzon*

Naik bas pi sana dalam berapa jam ntah, aku pun tak ingat dahh.
Singgah R&R makan and salin tudung.
Teruskan perjalanan. Dan sampai Gua apa tah. Haaa! Gua Tempurung.
Best kott. Malas nak cerita apa yang jadi. Sebab aku geram. Hahaha. Hanya budak perempuan kelas aku yang faham dan Kak Aman. Kesian Kak Aman pun jadi mangsa. Jahat sungguh budak laki kelas aku nih.

Lepas tu kami pi Hotel. Hotel Grand Kampar *lulz fancy gila nama* Tu yang aku pikiaq masa teacher habaq kata kami dok kat hotel nama tu.
Aku, Aida, Aqish ngan Jiha Mazlan dok satu room. Bilik 530 tak silap. Kami bersiap *bersolek lebih tepat. Mueehehehe*
pastu keluar beli makanan. Seriously tu first time aku keluar makan beli sendiri tanpa mama ngan abah. haha! Sumpah aku takmau jadi lagi!

Habis beli makanan, kami naik tingkat atas sekali. Pi tengok swimming pool sambil tengok pemandangan. Sangatlah lawa! Homaii~
Kami ada laa ambik gambar sikit *banyak actually*

bla bla bla. Sampai lah malam, kami main Running Man yang tak berapa jadi.
Main kat padang depan McD. Ahaha. Malu sungguh orang tengok!
Main laa apa yang patut main. Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan.
Aku group dengan Aisyah Yus, Jiha Zarimi, Syazana, Afeeq, ngan Muhaimin Sopi.
Aku punyalah doa budak laki dorang tu tak group ngan aku. Tapi nak buat macam mana, TAKDIR.
ahaha~ Depa tu hingaq tahap tak tau nak kata apa. Merapu tak habis.

Malas nak cerita apa yang jadi. Hurmm. malas sungguh aku.

Kat dalam bilik, sekitar pukul 11 lebih mcm tu. Kami ada rahsia kami. Takleh cerita sebab namapun rahsia . Aqish ngan Jiha Mazlan bagi nama RAHSIA BILIK 530.
Haahaha.

Esoknya, went to SK Batu Tujuh . Kami akan jadi fasi untuk English Camp depa. Majoriti murid murid kat sekolah tu original people. ahaha. Takdak aihh orang asli dalam bahasa inggeris aborigine.
Aku, Aishah Z, ngan Amirul Faris lead group satu. Tapi aku ngan Aishah Z jaga game. Jadi, Amirul Faris jaga group.

Kami buat game 'Tongue Twister' . Ahaha berbelit budak budak tu nak sebut nama game pun.
Best kot! Tak tau nak kata. Memang best. Sayang budak budak dalam group aku. Aku paling rapat dengan Kiri, tu nama dia. Dia perempuan. Non-muslim. Muslim kat sekolah ni minor ja.
Lepas habis buat game dengan depa, teacher suruh kami belajar bahasa orang asli. Aku lupa dah bahasa depa nama apa. Aku ingat satu ayat jaa yaang depa ajar 

"ENG HEK HOK"
means I LOVE YOU. Ahakkss. haha. 

Best sembang dengan depa. Aku siap ajar depa loghat Utara lagi! Ahahaa.

Masa nak balik. Depa panggil aku, "Kak Yati!" Yang aku nih malu dah. Depa ingat nama aku? Lahaiii terharu dehhh. Hahaha. Yang jerit tu pun budak budak group aku. Aku lambai depa. Sebak kott. Ahahaha. Dalam hati , ENG HEK HOK adik adik. Lahaiii suwitnya aku. Hahaha

Balik tu rasa perjalanan sat ja. Sampai sekarang aku still rindu depaa. Paling sebak bila depa tanya aku "Esok akak boleh datang lagi? " Aku nihh tengok Aishah Z, dia pun senyum ja. 
Rinduuuuuunyaa! Ya Allah. 

Apapun camp tu dah banyak eratkan ukhuwah antara AzFa's Warriors. Alhamulillah untuk 2015 kami sekelas lagi. 2 AlFarabi - 3 Az-Zahrawi. Tu yang jadi AzFa tuu. Hahaha ~ Haniey punya idea.

Satt nak promote blog BADAR sekolah aku. Badar SMAI . Follow mehh~
Aku sayang sahabat dalam kelas ni. Sangat sayang. Tak terkata. Rindu segalanya. Stor, English Drama, Science Show. Semuaaa! Ya Allah. Nak nanges!

Ok that's all. Satu perkataan ja.

RINDU


hayatirosdi
azfa
fihifzillah.



I might never be a good writer but apparently I wrote from my heart



Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Le Boss: Hayati Rosdi