Lil Panda
Mehnah dalam berhijrah
Friday, 28 November 2014 • 23:09 • 0 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم


Actually benda ni aku tulis untuk masuk Bingkisan Hijrah. So, nak share share la jugak. *Walaupun aku tau takdak sapa akan baca*


Kepada anda-anda yang ingin berhijrah,
Percayalah. Jalan ini tiadalah mudah,
Dan percayalah jua,
Penghujung jalannya begitu indah,

Pabila hendak berhijrah,
Perlunya istiqamah,
Dan dalam berhijrah,
Perlunya kepada biah islamiyyah.

Usah kau peduli mereka yang mengeji,
Yang kononnya mengaku mereka ada sifat terpuji,
Biarkanlah mereka!
Mereka hanya tahu berkata-kata.

Fafirru Ilallah.
*Dan kembali berlarilah kepada Allah*

Suatu hari nanti,
Akan Allah hadirkan insan untuk kita,
Untuk lebih mengenali Pencipta.
Pada tika itu, mengapa perlu kau menangis lagi?

***

Masih kau ingat saat Rasulullah berhijrah,
Sungguh perit dan payah,
Adakah kekasih Allah itu mengalah?
Sudah semestinya tidak. Mengapa?
Kerana Baginda punyai keyakinan yang utuh pada Allah,
Kerana Baginda tahu penyelesaian masalah tak semua mudah.

Celikkan matamu wahai akhawat tercinta, ikhwah seTuhan,
Kita hidup ada tujuan,
Bukan sekadar bergulingan di atas mimpi rekaan,
Hiduplah berpaksikan Tuhan,
Kau kan mengerti mengapa mesti ada tribulasi dalam hidup ini,
Tidak kira kau sedang mendekati atau menjauhi Sang Ilahi,
Semua manusia pasti merasa.

Jadi, pandanglah nikmatnya,
Tak cukup di dunia?
Akhirat sana menanti kita.
Moga Allah redha perjalanan hijrah kita.



hayatirosdi
terbangtinggicariredhaIlahi
apaertipenghijrahantanpapengorbanan



I might never be a good writer but apparently I wrote from my heart



Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Le Boss: Hayati Rosdi