Lil Panda
Dimanakah Mentariku? Part 1
Thursday, 27 November 2014 • 05:14 • 0 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم
Cerpen ni dapat saguhati untuk pertandingan cerpen anjuran DBP. Wahh tahniah *bajet*
Actually malas nak post sebenarnya sebab cerpen ni jalan cerita dia tersangatlah humphh. Tapi setelah diminta oleh seorang insan ni. Kena jugaklah, lagipun aku dah janji nak post something lepas habis PAT kan? Haha. PAT dah habis lama dah pun. Oke la enjoy while you can. 


AMARAN!
CERPEN INI BAHASANYA AGAK BERBUNGA-BUNGA.
SILA SEDIAKAN BEG PLASTIK JIKA MERASA DIRI ANDA TIDAK TAHAN UNTUK
MUNTAH.


 Cuaca redup cuba mendamaikan hatiku yang bagai dipukul ribut. Mataku dipejam, cuba memadam memori duka yang bersarang di jiwa. Perlahan-lahan air mata jernih menuruni pipiku. Ingin saja aku menjerit kepada dunia.

“Mengapa harus aku yang sengsara? Orang lain yang bersalah tapi aku jadi mangsa!” Jiwaku memberontak.
“Hei, kau kenapa?” soal seniorku sambil memegang bahuku. Senyum tak pernah lekang dibibirnya.
“Sakit jiwa.” Balasku tanpa melihat wajahnya. Hakikatnya, aku cemburu dengan kebahagiaan seniorku, Abang Ammar. Aku lihat seperti hidupnya tiada masalah. Sentiasa bahagia. Sedangkan aku, siang malam dibumbui dengan sengsara.
“Jom, solat asar. Mengadu pada Allah. Dia pasti akan membantu.” Balas Abang Ammar.
            Hatiku bergetar di saat terlafaznya kalimah Allah. Namun, aku mempertahankan egoku.
“Buat apa mengadu pada-Nya. Apa boleh Dia bantu aku?”bisik hati kecilku.
            Aku menyeka air mata yang masih berbaki. Aku lantas berdiri dan berjalan pergi. Seniorku kelihatan terpinga-pinga kerana aku meninggalkannya tanpa berbicara.
            Aku segera menuju ke asrama. Keseorangan. Ya, itulah aku, suka bersendirian daripada bergaul dengan manusia yang suka menyusahkan saja. Sudahlah keluargaku porak-poranda. Hidup pula di asrama yang entah apa-apa. Bilalah hidupku akan bahagia? Aku menoleh ke belakang. Abang Ammar berjalan ke surau. Ah, abaikan dia! Syaitan merasuk aku supaya kekalkan egoku.
***
            Malam itu, aku cuba fokuskan diri untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru Bahasa Arabku. Selesai sahaja tugasan, aku meletakkan pen disisi. Fikiranku melayang memikirkan kejadian pagi tadi yang menyebabkan aku memberontak tak henti-henti.
“Kenapa kamu semua suka menimbulkan masalah. Terutamanya kamu!” jari telunjuk Ustaz Farouk merangkap ketua warden ditujukan ke arahku.
“Tapi ustaz, Syazwan dan kawan-kawannya yang mulakan dahulu!”
“Eh, mengapa kami pula. Kau yang cari masalah”
“Siapa yang mencari masalah, hah? Kau yang menuduh aku mencuri. Kau fitnah aku!” api kemarahanku meluap-luap. Segera tanganku menggapai kolar baju Syazwan dan menggengam penumbuk lalu ditujukan ke wajahnya.
“Sudah! Sudah! Saya datang untuk selesaikan masalah. Bukan mengadakan perlawanan.” Ustaz Farouk meleraikan kami.
“Ta…Tapi saya tidak bersalah” air mataku bergenang. Wajah Syazwan ku tatap. Dia tersenyum sinis. Aku mengetap bibir. Geram.
“Disebabkan kamu semua menimbulkan masalah. Saya akan denda kamu. Kamu semua diwajibkan menghafal surah Al-Baqarah dalam masa sebulan. Saya akan tasmi’ kamu semua nanti”
***
Tanganku menumbuk meja. Sudahlah difitnah. Didenda pula itu. Aku memandang sekilas al-Quran pemberian mak. Tidak pernah ku sentuh al-Quran itu kecuali semasa bertadarus bulan Ramadhan yang lepas. Dadaku berombak kencang. Menahan api kemarahan serta dendam yang takkan terpadam.
Keesokan harinya, seperti yang aku rancangkan. Aku menuju ke asrama seorang diri sedangkan murid-murid lain sedang beriadah di padang. Aku mengeluarkan isi poketku. Kotak rokok. Senyuman sinis terukir. Aku letakkan kotak itu di bawah bantal Syazwan dan segera berlalu pergi.
            Semasa aku keluar dari kamar. Aku bertembung dengan Ustaz Farouk. Inilah peluang keemasanku. Ustaz bertanya mengapa aku berada di asrama sedangkan murid-murid lain bersuka ria di padang.
“Ustaz, saya dengar cerita Syazwan bawa rokok ke sekolah. Sebab itulah saya ke sini untuk memastikan berita itu betul ke tidak. Nyata, memang betul apa yang dikatakan orang. Kalau ustaz tak percaya. Ustaz boleh lihat sendiri di bawah bantalnya.”ujarku,
            Ustaz bergegas ke katil Syazwan dan memeriksa di bawah bantalnya. Alangkah terkejutnya ustaz apabila melihat kotak rokok tersebut.
“Kamu panggil Syazwan ke pejabat sekarang!” tegas ustaz.
“Baik, ustaz” balasku sambil mengangguk. Nah, rasakan kau Syazwan.
            Aku bergerak munuju ke padang. Hatiku berasa puas. Senyuman gembira mengoyak bibirku. Ya, akhirnya dendamku terbalas jua. Namun, di sebalik kegembiraannya dia masih berasa kekurangan. Dia sendiri tidak pasti apa kekurangan itu.
“Wan, ustaz Farouk hendak berjumpa dengan kau di pejabat. Sekarang.”
“Hah, mengapa?”
“Entahlah” balasku ringkas.
            Syazwan segera bergegas ke pejabat. Aku hanya melihat pergerakan Syazwan. Aku mendepakan tanganku sambil tergelak sinis.
“Eh, Hariz. Jom main bola” Abang Ammar menyapa.
“Malas” balasku ringkas.
            Tanpa banyak bicara Abang Ammar terus meninggalkanku. Dia bukan apa, malas memaksa. Entah nanti apa jadinya jika dia terus berusaha mengajak Hariz.
***
“Hariz!” jerkah Syazwan ketika bertembung dengan aku di depan dewan makan.
“Kau ni dah kenapa?” soalku dengan muka yang dibuat-buat.
“Kau jangan buat tak tahu. Kau yang letak kotak tu kan?”
“Eh, aku juga. Aku tidak tahu apa-apa pun.”
“Bohong. Kalau aku dapat tahu kau yang kenakan aku, siap kau!” jari telunjuk ditujukan betul-betul di hadapan mataku. Lantas Syazwan melanggar bahuku dan berjalan menuju dewan makan.
            Abang Ammar yang terlihatkan kejadian itu terus meluru ke arahku dan bertanya. Seperti biasa,aku menghiraukannya. Aku malas melayan. Aku sedar hanya abang Ammar yang baik padaku selama ini. Namun, aku tidak memerlukan sesiapa untuk bantu aku. Aku mampu menangani masalahku sendiri.



I might never be a good writer but apparently I wrote from my heart



Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Le Boss: Hayati Rosdi