Lil Panda
Dimanakah mentariku? Part 4
Thursday, 27 November 2014 • 08:13 • 0 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

This would be the last part maybe..

***
            Pagi itu indah dengan mentari yang dipeluk awan. Redup dan menawan. Angin sepoi-sepoi bahasa menambah kesempurnaan suasana. Ditambah dengan keindahan taman bunga. Setahu aku taman bunga itu diadaptasi daripada salah satu taman bunga di China. Perekanya berasal dari Amerika. Sungguh mendamaikan jiwa. Mataku memerhatikan sekeliling, lirikan mataku terhenti saat aku terlihat kelibat kumpulan manusia yang sedang bercumbu kasih. Bukankah mereka? Aku tidak dapat menahan perasaan. Aku sungguh tidak sangka. Dadaku sebak.
“Abang Ammar” aku cuba menyapa mereka yang sedang berbulatan gembira di tepi tasik ikan yang keluasannya kira-kira 200 meter persegi. Ya, mereka sedang bercumbu kasih dengan Yang Maha Mencipta Kasih. Aku sungguh tidak sangka dapat berjumpa dengan insan-insan yang amat aku dulunya aku benci kini aku kasihi.
“Hariz?” Abang Ammar kelihatan terpana melihat aku. Begitu juga ahli-ahli usrah yang lain. Mereka semua aku kenal.
“Ya Allah, Hariz lama aku tak jumpa kau” tegur Syazwan. Aku mula teringat peristiwa di mana aku menganiayai kawanku sendiri. Dia telah memaafkanku katanya.
            Abang Ammar bersalaman dengan aku. Diikuti dengan ahli usrah yang lain. Mereka semua tampak ceria. Senyuman yang mereka pamerkan seolah-olah tiada apa keresahan yang bertapak di jiwa. Aku rasa bahagia.
“Masih bergiat aktif dalam usrah nampaknya” aku memulakan bicara.
“Sudah tentu. Kalau kita sudah bermula takkan pernah terhenti langkahnya.” Balas Syazwan sambil tersengih.
“Apa yang sedang kalian bincangkan?” soalku.
“Tiada tajuk. Bebas kamu mahu bincang apa” jawab Abang Ammar.
“Aku sebenarnya dalam dilema. Kawan-kawan rumah sewaku semuanya macam.” Bicaraku terhenti seketika. Aku cuba mengawal emosi.
“Aku cuba juga untuk berdakwah. Tapi, ilmuku tak setinggi mana. Dan setiap kali aku cuba, mereka menolak. Aku rasa kecewa” aku melepaskan keluhan berat.
“Aku rasa aku hidup di dunia tak pernah bahagia. Dari kecil hingga sekarang. Asyik dihujani ribut dan malapetaka. Mungkin takkan ada bahagia untuk aku gamaknya.” Akhirnya air mata takunganku pecah. Aku sudah tidak tahan.
“Sabar Hariz. Pelagi itu ada. Tinggal kita tidak melihatnya. Bukankah Tuhan telah berjanji, kesenangan akan wujud mengiringinya. Sahabat. Penderitaan, cabaran, kesukaran, mehnah dan tribulasi itu takkan terhenti. Kecuali selepas mati. Sebab itu, ada orang mempercepat kematian mereka dengan membunuh diri. Tetapi itu adalah manusia yang berputus asa kepada Allah. Manakala kita yang beriman ini, kena tabah, cekal, hingga ke akhirnya. Maka jadikanlah momen-momen indah kita, walaupun sedikit, sebagai ‘matahari’ yang akan membiaskan pelangi daripada hujan penderitaan kita. Percayalah dia Yang Maha Mencipta. Dia mengetahui apa yang kita tidak ketahui.”
Abang Ammar memelukku seraya berkata, “Dan sahabat, di syurga, sekiranya kita berjaya mati dalam keadaan kekal bertahan dan percaya kepada-Nya, tiada lagi hujan lebat untuk jiwamu disana.”
            Kemudian abang Ammar menjarakkan dirinya.
“Itu pelangi untuk engkau sebenarnya. Syurga adalah ‘matahari’nya.”
“Nanti di sana, Hariz, kau akan lupa segala deritamu ini. Hujan lebat takkan terasa lagi apabila pelangi muncul selepas turunnya ia.” Tambah Abang Sayyid
            Aku mengangguk dalam keadaan berlinangan air mata. Terharu.
            Nasihat abang Ammar benar-benar menusuk ke dalam jiwa. Aku berasa beruntung mempunyai mereka. Orang-orang seperti merekalah yang banyak membimbingku agar tak jatuh ke lembah kehinaan.
“Mengapa? Mengapa kalian sangat baik padaku sedangkan aku dulu. Caci maki kalian, fitnah, tak endah. Macam-macam lagi aku perlakukan.” Aku keliru.
“Sebab kita sahabat. Tiada kerana apa. Melainkan kerana Dia. Apabila harta tiada, masih bersama. Bila hilang rupa masih setia. Membimbing jauh daripada neraka. Memimpin biar dekat dengan syurga-Nya. Menumbuhkan lapang menjemput tenang. Itulah ukhuwah fillah. Hanya yang melaksanakan, akan merasakan.“ balas Syazwan.
“Ukhuwah fillah. Indah” celah Fahmi Syuja’.
“Mesti sama-sama mahu ke syurga bukan?” Rosli Rasyidi bercanda.
“Syurga destinasi kita. Siapa tersasar kita tarik tangannya agar terus dalam trek Allah. Jatuh tersungkurnya kita ke dalam neraka. Maka, sahabat sejatilah yang akan menghulurkan tangan untuk menarik kita masuk ke syurga. Sahabat sejati juga bukanlah mereka yang berkata ‘Sabar, sabarlah’. Tetapi mereka yang berkata ‘Apa masalahmu, mariku bantu’. Itu baru ukhuwah fillah ilal jannah” Abang Ammar menambah.
“Abang Ammar, Syazwan, Fahmi, Aizan, Rosli, abang Sayyid.” Panggilku.
“Ya” jawab mereka hampir serentak.
“Aku rasa kalian mentariku. Dan saat inilah pelangi terindah bagiku. Terima Kasih.”
“Uhibbuka Fillah” kata kami semua serentak. Beberapa saat semua terdiam sambil memandang sesama sendiri. Akhirnya, ketawa kami pecah kerana tidak sangka perkataan yang sama kami mahu katakan.
            Sungguh, bagiku inilah pelangi kurniaan Sang Pencipta yang paling indah. Aku merasa senang bila bersama mereka. Tujuan mereka juga sama sepertiku mencari mardhotillah. Ya, memang payah. Tapi takkan mudah untuk kita futur. Kita harus jadi ummah yang menegakkan kalimah ‘Lailaha ilallah’ biar semua orang cemuh. Kerana tujuan asal kita dalam konteks dakwah adalah redha Allah. Hiraukan manusia yang berbicara atau lebih tepat mengata. Kita harus bangun tatkala rebah. Ayuh, kita cari redha Allah. Terus bergerak demi Allah. Bangkitlah mujahid mujahidah!
Allahuakbar!



I might never be a good writer but apparently I wrote from my heart



Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Le Boss: Hayati Rosdi