Lil Panda
Dimanakah mentariku? Part 2
Thursday, 27 November 2014 • 08:06 • 0 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungann..

***
            Seperti kebiasaan, setiap malam rabu pasti diadakan usrah. Aku masuk kedalam kumpulan usrahku sendiri. Ahli-ahli usrahku, Fahmi, Aizan, Rosli, Lukman, abang Sayyid dan abang Ammar masing-masing berpaling ke arahku sambil tersenyum. Mereka seolah-olah menyambut kedatanganku. Hatiku berasa tenang ketika bersama mereka namun, aku cuba menyembunyikannya.
“Baiklah, kita mulakan usrah kita dengan membaca Ummul Furqan, Al-Fatihah.” Abang Ammar, selaku ketua usrah memulakan bicara.
“Tajuk usrah kita hari ini masalah. Masalah, siapalah dalam dunia ini tidak mempunyai masalah. Yang membezakan kita cuma cara kita menyelesaikannya. Allah telah berfirman: “Innalaha ma’assobirin”. Maksudnya: “Aku (Allah) bersama orang-orang yang sabar.” Jadi, jika kita bersabar dalam setiap ujian Allah, Allah pasti membantu kita kerana Dia itu ada bersama kita.” Terang abang Ammar.
“Tapi abang Ammar, kesabaran itu ada had. Kadang-kadang kita pasti rasa macam hendak balas dendam bila orang lain cari masalah dengan kita.” Celah Aizan.
“Memang. Kalau abang sendiri pun, abang akan rasa yang sama. Hendak berdendam. Tapi, kita cuba fikir. Dosa kita pada Allah banyak mana. Menggunung, tak terkira banyaknya. Kita cuba ambil ibrah dari kasih sayang sang Pencipta. Dia Maha Sabar, kita buat dosa, Dia tidak balas segera. Dia bagi masa untuk kita bertaubat. Kita cuba bercakap perlahan-lahan dengan orang yang cari masalah. InsyaAllah dia akan dengar. Hati manusia memang keras. Tapi, dengan ayat-ayat Allah pasti ia akan cair jua.”
            Soalan demi soalan diajukan. Penyelesaian yang diberi juga cukup terkesan dalam jiwa. Aku merenung jauh. Terasa seperti usrah pada hari itu tersangat lama. Ayat-ayat Allah sangat menyentuh kalbu. Aku terasa sesuatu. Namun, aku mempertahankan egoku.
“Huh, mereka tidak berada dalam masalahku. Mereka tidak tahu apa yang aku rasa. Sebab itulah mudah sekali berbicara. Hati ini siapa rasa.” Aku mencemuh dalam hati.
            Keesokan harinya, sekali lagi aku dipanggil ustaz Farouk. Kali ini aku lihat seperti aku akan kena teruk kerana terdapat rotan di bilik ustaz. Aku sudah agak, ini pasti kerana aku ponteng kelas prep malam kelmarin.
“Mengapa ini Hariz?” ustaz bertanya. Nada ustaz kedengaran mendatar. Aku memandang wajah ustaz. Ustaz seperti sudah penat. Mata ustaz kelihatan sedih sekali.
“Maafkan saya ustaz. Saya tahu saya salah. Saya janji takkan ulanginya lagi” aku menunduk melihat lantai. Terasa kepalaku berat untuk memandang wajah ustaz.
“Ustaz penat. Ustaz yakin Hariz ini anak yang baik. Nama kamu pun indah. Hariz Ar-Rayyan. Maksudnya begitu indah. Ustaz mengharapkan agar kamu jadi sebaik nama kamu. Ini harapan ustaz.”
“Baik ustaz” aku keluar dari pejabat dengan harapan baru. Aku ingin berubah. Tapi bagaimana? Aku ingin memulakan dengan meminta maaf. Syazwan, insan yang aku banyak lakukan dosa padanya. Aku bergerak menuju ke kamar.




I might never be a good writer but apparently I wrote from my heart



Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Le Boss: Hayati Rosdi